Monday, September 17, 2007

perayaan gawai dayak di sarawak


Hari Gawai

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

6 comments:

wanie said...

haiii........
nice blog.....
boleh tolong terangkan berapa jenis perayaan gawai di sarawak.....

ellynz said...

HAI.......
SEBENARNYA PERAYAAN HARI GAWAI ADA BEBERAPA JENIS CONTOHNYA GAWAI ANTU,GAWAI BURUNG,GAWAI MANGKUNG TIANG DAN BANYAK LAGI.......GAWAI ANTU TU ADALAH GAWAI DIMANA ORANG IBAN MERAYAKAN ROH NENEK MOYANG DAN SAUDARA MARA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.GAWAI MANGKUNG TIANG PULA DIRAIHKAN SEMPENA RUMAH BARU YANG MEREKA DUDUKI.

Unknown said...

salam....
bole citekantak asal-usul hari gawai???
tq...

Unknown said...

salam..
bole citekan tak asal-usul hari gawai???
tq...

KumangSarawak said...

Hai..saya orang Iban dari Sarawak.Jemputlah datang ke kampung kami(Semada Belatok@healthy village)masa hari Gawai.
SELAMAT ARI GAWAI!Gayu guru,GeRai nyamai,Lantang senang nguan menoa!!!Oo..ha!

kaizereagen said...

Tribute to Tribute to Tribute to Tribute to Tribute to Tribute
Tribute ford ecosport titanium to Tribute is an honourable tribute ford escape titanium to Tribute, a group formed in powerbook g4 titanium response titanium paint color to the devastating global rainbow titanium COVID-19 pandemic.